Wednesday, August 11, 2010

MUHASABAH DIRI DI BULAN RAMADHAN

Malam 1 Ramadhan 2010, insya allah akan aku ingat sampai bila bila...salah satu kenangan yang mencuri hati, pengalaman bagi yang lain tapi pengajaran bagi aku....ketabahan yang lain tapi mungkin cabaran bagi aku....

Aku diperkenalkan dengan insan istimewa, dia hanya kanak kanak lelaki berusia 8 tahun tapi pada perkiraan aku dia telah banyak menempuh suka duka kehidupan berbanding dengan aku yang hampir berusia 32 tahun ini....
Dengan keadaan duduk di kerusi roda,tuala kecil di leher mungilnya....dan kepalanya bergerak kadang ke kanan dan kadang ke kiri sambil bibir mengukir senyuman seoalah olah menerima perkenalan baru aku dan dia..........

Aku tak ingat namanya, mungkin Aiman....kerana sewaktu ayahnya memperkenalkan kepada aku....aku terlalu leka menatap wajahnya ,terlalu teruja untuk mengetahui apa rahsia di sebalik kerusi roda itu....sambil di fikiran mencari cari langkah yang paling manis untuk mengajukan soalan kepada pasangan En Azlan dan Kak Shima.....

Setelah berbual hampir 20 minit dengan ibu bapa nya iaitu En Azlan dan Puan Shima berkenaan urusan kereta baru, aku memberanikan diri menyuarakan soalan dalam hati....apakah masalah dengan anak kecil ini? Aku sudah tak kira tersinggung perasaan mereka atau tidak....yang pasti aku ingin tahu kenapa "this little boy" duduk di kerusi roda.....serius sangat kah sakitnya?

Masya Allah.....Allah maha besar....anak kecil berusia 8 tahun itu tidak boleh melihat,bercakap dan mendengar dan lumpuh akibat operation brain cancer...ada disebut nama scientificnya,tapi aku tak ingat almaklum aku bukan orang science tapi lebih pada bahagian business dan marketing....yang pasti anak kecil ini menderita brain cancer sejak 3 tahun yang lepas...tak dapat aku bayangkan bagaimana agaknya perasaan ibu bapa yang selama 5 tahun itu membesarkan anak yang normal dan ceria,malah aktif dan sempurna....tiba tiba di diagnosiskan menhidap kanser,antara penyakit yang paling menakutkan selepas HIV.....
Aku tak mampu untuk menatap muka anak kecil itu lebih lama walau bebola matanya merenung aku,tapi aku tahu dia tak dapat melihat muka ini,melainkan jika dia dapat menyelami hati dan perasaan ibu ini....aku takut airmata aku gugur depan kedua ibu bapa yang tabah ini...aku malu....dan aku tak mahu menyinggung perasaan mereka.....

Betapa aku menyanjungi pengorbanan pasangan ini dalam menjaga anak tunggal mereka,anak kesayangan mereka....sambil mengagumi kecekalan dan ketabahan Kak Shima dan En azlan, aku menjeling sekilas ke wajah mereka yang aku kira sangat manis dan sentiasa tersenyum seolah olah mereka tiada beban untuk di tanggung,dalam hati kecil sambil berkata.....Ya Allah adakah aku sedang berada di kalangan ahli syurga mu Ya Allah...tempatkanlah mereka ini di tempat yang sepatutnya......Aminnn

Kata En Azlan, mereka hanya ada kenangan sewaktu anak kecil ini masih sihat untuk di ingati....sebelum menjalani operation....dia sudah boleh mewarna,menyanyi dan mengaji....sangat ceria hingga tak terjangkau dek akal insan kecil ini bakal kehilangan keupayaan deria dan terus kehilangan zaman kanak kanaknya.....dapat aku bayangkan betapa pulinya hati seorang ayah ketika berkata sedemikian,tapi En Azlan tetap tersenyum sewaktu bercerita....hanya aku yang agak sukar untuk mengawal emosi lantas ku pusing ke cerita kereta semula....

Sambil aku berdoa, hanya dengan kuasa Allah utuk memberi kesihatan yang terbaik untuk anak kecil itu, tapi ku mohon semoga Allah melimpahkan anak kecil itu dengan kasih sayang yang tak ternilai dari ibu bapanya dan ahli keluatga yang lain.....

Sejurus selesai perbincangan ringkas tapi memberi seribu makna buat aku, perkenalan ini betul betul memberi keinsafan diri....betapa ada lagi insan yang lebih malang dari kita....sekurang kurangnya kita berssyukur di beri kesihatan yang baik dan anak anak yang sihat...walau kadang kadang kita putus wang...ia masih boleh di cari lagi....

Yang pasti peristiwa malam 1 Ramadhan telah memberi keinsafan kepadaku....ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...perkenalan ini pun ada hikmahnya....

Buat En Azlan dan Kak Shima, semoga anda berdua lebih tabah dalam mengharungi liku liku kehidupan ini....sesungguhnya bukan semua hamba allah ada kekuatan seperti itu, hanya insan terpilih dan anada berdua adalah insan yang Allah pilih untuk menjalankan tanggungjawab ini......

Penulisan ini mungkin tak dapat membayangkan betapa perasaan saya yang sebenar pada masa itu, tapi sewaktu menulis di blog ini beberapa kali airmata gugur kerana sedih mengenangkan nasib anak kecil ini dan betapa besar pengorbanan ibu dah ayah.....

Buat sesiapa yang menjengah ke ruangan blog saya ini....renung renungkanlah diri kita...mungkin kita merasakan diri kita tak sempurna dan tak semewah orang lain..tapi masih ada yang kurang sempurna dari kita mungkin dari segi kesihatan,wang ringgit,kasih sayang atau sebagainya dan betapa kita harus bersyukur dengan apa yang ada........Wassalaam...

No comments:

Post a Comment